Aspirasi Murid:
- · Pengetahuan= mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.
- · Kemahiran Berfikir= menguasai pelbagai kemahiran kognitif.
- · Kemahiran Memimpin= membina kualiti kepimpinan generasi muda.
- · Kemahiran Dwibahasa= menghasilkan murid yang menguasai kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa.
- · Etika dan Kerohanian= proses internalisasi, iaitu penyerapan ilmu dan nilai yang menjadi asas terbentuknya akhlak yang memberikan manfaat kepada diri dan orang lain.
- · Identiti Nasional= setiap murid berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama dan status sosioekonomi.

Aspirasi Sistem
Pendidikan:
- · Akses kepada kejayaan peluang mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau latar belakang.
- · Kualiti Standard Antarabangsa Malaysia perlu membandingkan sistem pendidikannya dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikannya bergerak seiring dengan pembangunan pendidikan antarabangsa.
- · Ekuiti untuk semua murid merapatkan jurang sosioekonomi, antara Bandar dengan luar Bandar dan gender dalam pencapaian murid.
- · Memupuk perpaduan dalam kalangan murid dengan belajar memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.
- · Pelaksanaan kecekapan tinggi: pulangan dalam bentuk keberhasilan murid) perlu dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan pelaksanaan bentuk.
Aspirasi
dengan Implikasi kepada pencapaian kualiti standard antarabangsa yang menjadi
hasrat PPPM
- Pemikiran yang logik dan kritis dapat bersaing dengan negara lain. Misalnya, melalui PPPM, murid telah mendapt keputusan yang cemerlang dalam pertandingan (ASMO) Asian Science and Maths Olypiad dari tahun 2016 ke 2017 sebanyak 8 orang murid mendapat gold awards pada tahun 2016, malah terdapat 41 orang murid telah mendapat gold awards pada tahun 2017. Dengan itu, kita dapat merumuskan bahawa dengan PPPM ini, kita dapat bersaing di atas pentas dunia.
- Melalui pengetahuan sepanjang hayat, murid dapat menjana kemungkinan baru bagi menghadapi cabaran dunia yang tanpa sempadan. Sikap proaktif yang terbina dapat meningkatkan peluang bagi murid untuk memikul peranan dalam aras antarabangsa.
- Kemahiran kepimpinan yang dicungkil serta dilatih melalui PPPM (2013-2025), murid dapat memimpin pasukan secara sistematik. Kecerdasan emosi yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang murid. Dengan itu, murid dapat berjaya dalam kerjayanya masa hadapan.
- Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Ibunda serta Bahasa Kedua perlu dipelajari oleh setiap murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid dapat bertutur bahasa lain dengan fasih serta bertulis bahasa lain. Misalnya, Malaysia dan Singapora telah menggalakkan pembelajaran Bahasa Mandarin kerana negara China telah menjadi kuasa yang penting bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga pendidikan. Kemahiran petuturan serta penulisan Bahasa Mandarin telah memudahkan komunikasi antara dua negara.
- Tanggungjawab sivik yang dipupuk dalam diri murid dapat mengelakkan mereka memegang ciri individualistik. Ilmu yang didapati dapat dikongsi antara murid yang lain. Selain itu, mereka dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Misalnya, dalam pertandingan robotic, murid perlulah bekerjasama bagi memasang mesin dan menyelesaikan masalah serta menghasilkan mesin yang baru dan inovatif.
- Semangat patriotisme dan kekitaan perlu dipupuk dalam jati diri murid. Murid memerlukan kesedaran terhaadap identiti satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum ataupun etnik. Dengan memupuk semangat ini, murid dapat dikatakan mempunyai salah satu ciri bagi mencapai kualiti standard antarabangsa. Misalnya, rakyat di China mempunyai Identiti nasional dan bangga terhadap bangsa sendiri. Kita sebagai rakyat perlu menerima segala tentang negara kita, yang salah kita betulkan, yang betul kita teruskan.
Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia(2013-2025)
Untuk mendapat informasi yang lebih banyak, sila merujuk kepada laman sesawang tersebut:

Comments
Post a Comment